Thursday, January 22, 2015

Laju

Wilchaku kau tolak laju
Menerbangi pelusuk rumah sakit ini
Sakit? Apalah ia
Bila senyumanmu mengubat lukaku

Kita terokai kantin pagi
Kita minum teh lemon dan air kedelai
Kau bisikkan tutur indah itu
Aku mengekek, suka dan malu

Pincangku hanya mimpi bodoh
Realitinya kita sempurna
Wilchaku kau tolak laju
Arah kita? Bahagia
Kerana bahagia itu
Kita yang cipta.

No comments:

Post a Comment